salam

Muqaddimah

Denga nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Penyayang.

Segala puji bagi Allah seru sekian alam, selawat dan salam terlimpah atas penghulu manusia, baik yang dahulu mahupun terakhir, yakni junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w., juga atas segenap keluarga dan semua orang yang mengikuti petunjukNya, sampai Hari Kemudian.

Amma ba'du.

bendera tahlil

Sunday, January 23, 2011

Muslim di Sudut Aqidah

Aqidah seseorang muslim itu mestilah:

1. Mengimani & meyakini bahawa pencipta alam sejagat ini adalah Allah yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui & tidak memerlukan pertolonga orang lain.

2. Mengimani & meyakini bahawa Allah tidak mencipta alam ini tanpa tujuan@untuk bermain-main sahaja, kerana perbuatan sia-sia & main-main yang tidak mempunyai tujuan itu tidak layak bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan.

3. Mengimani & meyakini bahawa Allah telah mengutuskan para rasul & menurunkan kitab untuk tujuan mengajar manusia mengenal Allah & memberitahu mereka tentang matlamat kewujudan mereka di dunia ini & ke mana akhirnya penghidupan mereka.

4.Mengimani & meyakini bahawa matlamat hidup manusia dalam kehidupan dunia ini ialah untuk mengenal Allah sebagaimana sifat-sifat-Nya yang telah diterangkan Allah, taat kepada Allah & mengabdikan diri kepada-Nya.

5. Mengimani & meyakini bahawa syurga adalah balasan & ganjaran bagi mukmin yang taat & neraka ada balasan & ganjaran siksaan bagi orang-orang kafir.

6.Mengimani & meyakini bahawa manusia itu dapat & boleh mencapai kebaikan & kejahatan melalui daya usaha, ikhtiar & kehendaknya.

7. Mengimani & meyakini bahawa pengsyariatan undang-undang adalah hak mutlak bagi Allah.

8. Mempelajari & berusaha untuk mengetahui nama-nama & sifat-sifat yang layak bagi Allah.

9. Berfikir tentang makhluk ciptaan Allah, bukan berfir tentang zat Allah.

10. Meyakini sigat-sifat Allah & kesempurnaan sifat uluhiyah-Nya.

11. Berkeyakinan bahawa pendapat para salafus-saleh lebih utama untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan permasalahan berhubung dengan permasalahan ta'wil, pembekuan nas & menyerahkan perkara-perkara seperti ini kepada ilmu dan pengetahuan Allah,

12. Mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata.

13. Takut kepada Allah semata-mata & tidak takut kepada selain daripada Allah.

14. Sentiasa mengingati Allah & sentiada berzikir menyebut nama Allah.

15. Mencintai Allah dengan kecintaan yang menyebabkan hati sentiasa merindui Allah & sentiasa bergantung kepada-Nya.

16. Bertawakal kepada Allah dalam semua urusan.

17. Bersyukur kepada Allah @ nikmat & kurniaan-Nya yang tiada terhingga.

18. Meminta ampun dari Allah & sentiasa bertaubat(beristighfar) kerana istighfar itu merupakan kifarat bagi segala kesalahan di samping membaharui taubat & iman.

Doa Rabitah

"Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta kepada-Mu,telah berpadu dan membela syariat-Mu. Kukuhkanlah, ya Allah, ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukkanlah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan Nur cahaya-Mu yang tiada pernah sirna. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal kepada-Mu. Nyalakanlah hati kami dengan makrifat kepada-Mu. Matikanlah dia dalam syahid di jalan-Mu.Sesungguhnya, Engkaulah sebaik baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong. Ya Allah, kabulkanlah. Ya Allah, sampaikanlah kesejahteraan kepada junjungan kami, Muhammad, beserta keluarga dan sahabat-sahabatnya; limpahkanlah kepada mereka keselamatan."